Assalamualaikum Sweetbloggerheart yang tengah blog-walking
Mesti penat kan sebab tuu berenti rehat kejap kat entri aku ni
Ok . Hari ni aku tidoq lambad . Jangan tanya kenapa .
Tuu memang hobi aku pun :)
Motifnya aku tulis hari ni sebab aku bosan sebab aku bosan sebab takdak orang dekat twitter nak layan aku
Cukup mengarut .
Plan .
Semua orang tahu apa itu plan .
Setiap orang mesti ada plan .
Orang yang ada plan ni banyakkk jenis .
Contohnya , jenis yang suka plan tapi tak suka buat .
Contoh situasi ---> "Yess , siap dah aku punya jadual untuk cuti ni !"
Time cuti --->" Eh , aku kena buad apa ni . Takpalah masa banyak lagi . Lagipun kan tengah cuti . "
Start sekolah ------->" K aku dah bazir masa cuti . Homework tak siap . Last minute struggling . K aku memang tak berdisiplin *menyesal "
Cuti seterusnya --------> Buad lagi jadual dan tak patuhi lagi sekali dan menyesal lagi sekali .
*Taktaw ending dia bila :)
Ok ni contoh orang yang tak berdisiplin . Baiklah aku mengaku aku memang suka buad jadual dan tak ikut .
Tapi sekarang ni aku dah cuba men-qadhakan 2 minggu awal cuti persekolah aku yang penuh dengan pembaziran itu dengan perkara II yang menuntut komitmen aku contohnya study dan bahas .
#Ops ni cerita private .
Okay situasi di atas menunjukkan si polan yang membuat plan dan tak mengikuti nya lantaran itu dia gagal memanfaatkan cutinya . Dan plan yang dirancang oleh si polan tersebut merupakan plan jangka pendek yang kita boleh teka sama ada plan itu akan berjaya atau pun tidak melalui penilaian terhadap usaha yang kita lakukan .
Tapi macam pulak dengan plan jangka masa panjang :) .
Ok sedar atau pun memasang angan - angan itu umpama plan .
Contoh macam aku , aku tengok kereta peugeot . Fuhh , memang dari darjah empat aku mengidam kereta tu . Nanti besaq nak pakai ahh . Ok . Ni plan aku . Tapi sebab ni plan jangka masa panjang . Masa memang panjanggggggg :) . Aku tak boleh nilai melalui effort yang aku put on this plan . Kalau aku study elok II , tapi disebabkan peluang II pekerjaan dan persaingan pada masa akan datang , aku sendiri masih belum yakin untuk mampu membeli kereta peugeot yang aku idam-idamkan itu .
Ok . Ni la yang aku nak cerita tu . Plan Jangka Masa Panjang yang unpredictable :)
Perasan tak , ok aku mengaku yang aku ada plan nak jadi nutritionist atau pakar psikik . Ok . Aku dah masuk SBP , Science Secondary School *hebat tak hebat sekolah tu cerita kedua , asal aku ada usaha .
Aku taw bidang medik ni teras dia science so aku pun menjurus ke arah science . Aku banyakkan membaca laman II web pasai course ni . Then aku plan lagi , kalau dah habis belajaq , aku dah kerja . As a women and as umat Nabi Muhammad sendiri , mengikut sunnah baginda , kita kena kahwin . Dengan siapa pun aku pernah plan , anak II aku nak depa grow in surrounding yang macam mana pun aku pernah plan . Ok . Semuanyalah dalam planning kita everything is perfect . And the end of course will be happily ever after .
Tapi sedar ataupun tidak slogan happily ever after tu ialah slogan cerita dongeng . Look , kat sini la aku nak tanya . Macam mana kalau ada masalah ?
Orang ramai akan jawab , wehh masalah normalla , kalau hang tak plan pun ada masalah plan pun ada masalah . Better hang plan baru masalah akan kurang . Paham dak ?
Macam pulak kalau aku tanya masalah yang menimpa tu akan ubah plan kita totally sedangkan kita memang tengah drive hidup kita berpaksikan plan yang kita dah buat . Contohnya , ambek medik keluaq tak boleh jadi doktor atas sebab -sebab tertentu . Macam mana ? Aku rasa on that time , minda kita akan jadi kelam , motivation kita akan down dan kita akan jadi tak ketahuan . Why ? sebab kita betul II ikut plan .
Ok . Aku bukan nak mengharamkan plan sebab aku pun memang kaki planning ni .
Jadi aku cuma nak berkongsi apa yang aku fikir :)
Aku rasa istilah Plan B ni wajib ada . Bukan setakat untuk plan kita nak pergi camping dekat mana II ja perlu ada plan B ataupun untuk para polis yang nak tangkap penjenayah tu . Ok It is not linited for them only . Dalam merancang sesebuah kehidupan istilah Plan B perlu sentiasa dititik beratkan :) . Moga-moga andaikata anda tersasar dari paksi plan yang anda tetapkan , anda tidak akan tersasar dari jalan Allah kerana apabila semangat kita tidak mudah luntur akibat daripada masalah yang menimpa , kita akan susah dipengaruhi oleh anasir II negatif yang berupaya membawa kita ke simpang yang jauh dari jalan Allah .
Renung-renungkanlah dan selamat beramal :)
Baiklah . Buat mereka yang terlintas untuk bercakap begini -------> " Ala , weh yang kaw dok sebok plan ni pehal . Just follow the flow of your life lah ."
Saya cuma nasihatkan andaikata perkara begini terlintas di benak anda usirkan lah ia .
Kerana umum sedia mengetahui mengenai sepotong ayat ini ,
"Allah takkan mengubah nasib hambanya andai kata hambanya tidak berusaha ."
Kalau kita plan dan kita laksanakan , itu adalah salah satu usaha kita . So In Sha Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat :)
Assalamualaikum :)