Assalamualaikum :)
Bloogerheart yang tengah blog-walking .Ok harituu aku cakap planning about future , nanti tak jadi la apalah kan ?
Actually planning itu tak salah .
Pernah dengar tak quotes ni
Fail to plan that means your are planning to fail .So hari ini aku nak ubah mood nak speaking about future :)
Kalau sebut future .
I guess dalam hotak hangpa mesti dok baguihh punya pikiaq
"Aku nak kahwin dengan anak raja " .
Ape cerlop toqq ?
Hangpa ni meh aku bagi satu peribahasa .
*pembelajaran peribahasa la pulokk .
Pipit sama pipit , Enggang sama enggang . Jangan kita bermimpi untuk berada di situasi anak kucing menjadi harimau . Kita perlu sedar kemampuan kita . Usahlah kita ibarat anjing menyalak ke bukit . Sedarkan diri , bangunlah .. Jangan kita biarkan diri dalam keadaan ibarat hidung tidak mancung , pipi tersorong-sorong :)
Hah ok . Cukup nanti elok II gred A , BM anda merundum dum dum dushh pulok . Hakhak^^
Ok . back to our topic about planning the future.
Actually aku nak stress kan topik Well-parenting .
Aku rasa mempunyai family background yang baik dan surrounding kehidupan yang baik adalah penting proses tumbesaran si cilik :)
Fakta --> Personality seseorang bergantung kepada orang yang berada di persekitarannya .
Tiba II hangpa pikiaq
Eh , takk . Aku ni jenis kuat pendirian takkan ubah mengikut orang . Aku selidik duluOk . Ayat ni hanya boleh digunakan kalau seseorang itu sudah mempunyai character diri yang kukuh . Berbanding kepada situasi si cilik . Mereka ni baru dan terumbang-ambing . Sebelum mereka matang untuk menyelidik dulu pengaruh atau anasir negatif ni , mereka perlu untuk mencari siapa diri mereka . Dalam proses mencari inilah , mereka meniru aksi orang yang berada di persekitaran . Aku tak maksudnya remaja . Aku maksudkan kanak II . Ok , darjah satu kalau kanak-kanak tu bercakap dengan nada kuat dan kasar . Sebab apa ? Takkanla memang dia since azali lagi , telah ditakdirkan untuk cakap macam tu . Takda lapik - lapik punya . Haaa , dia ikut orang yang berada di sekitar dia laa . Andai kata dia tercampak dalam family yang baik dan cakapnya sentiasa bernada sederhana . Macam tuu la budak tu akan jadi . Tapi kalau family dia , memang style . Apa org penang cakap , sembang deraihh . Haa nanti dia jadi macam tu jugakla .
Ok . Aku bercakap melalui pemerhatian . Aku pun still daam proses tumbesaran . Masih mencari pegangan . Sebab tu , aku tak mampu untuk bercakap melalui pengalaman
Blog ni cuma tempat aku coretkan apa yang aku fikir :)
Hah dan lagi satu well-parenting bukan sekadar perangai menjadi ikutan . Cara didikan juga . Tapi aku rasa dua hal ini saling berkaitan . Sebab :)
Kalau anda seorang yang kasar . Cakapnya harus sentiasa dalam keadaan tegang , bernada tinggi . Bukan jenis yang tinggi kesabaran . Cara didikan anda tidakkah akan bercorak sedikit kasar berbanding anda seorang yang lemah lembut . Sopan santun . Berbudi bahasa . Bernada sederhana .Mesti , for sure dan sebagainya , anda akan mendidik dengan cara yang sopan .
Sebab tu la , lelaki yang matang tidak mencari seorang isteri tetapi mencari seorang ibu yang baik :)
*ok , iklan .
Baik , tapi tadi dari segi personalities . Kalau dari segi agama dan kepatuhan kepada yang Esa pun sama .
Dulu waktu darjah 6 kan , aku join satu kem ni , Kem kerohanian . Nama dia kem Haluan . Aku share problem dengan faci II kat sana . Dan disebabkan ' sth yang aku cerita ' ni . Faci tuu respond macam ni
Menghidup Islam dalam kehidupan bukan hanya perlu minat , bukan hanya perlu rasa ingin . passion . Tapi juga perlu satu keaadan yang mampu menyokong minat anda untuk menghidupkan Islam dalam kehidupan . Sebab tu , orang selalu cakap . Anda dilahirkan dalam suasana Islam , anda golongan beruntung . Tapi konteks Islam yang mereka maksudkan tidak dijelaskan . Kerana Islam zaman sekarang , macam II jenis . Ada yang hanya di atas IC dan ada yang benar II mencintai agama . Kita manusia mudah leka dan tersasar . sebab tu golongan yang mencintai ilmu perlu mendampingi orang yang berilmu . Bukan sekadar nak belajar darinya tapi nak berada dalam situasi dikelilingi ilmu sepertinya .Ok . tuu ja . Aku nak kongsi :)
Semua ni sekadar pandangan orang lain yang telah aku cerna dan pemerhatian aku .
#SetiapOrangMempunyaiPandanganMasing-Masing .
No comments:
Post a Comment